av2021small

Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan seorang licensed financial planner, penulis dan jurulatih kewangan & pelaburan secara Islami.
Tentang Pakdi >>

Salam. Ini adalah laman web rasmi Suzardi Maulan.

Apa yang saya buat dan apa yang ada untuk anda?

Saya menyediakan satu roadmap kewangan untuk persaraan kepada golongan profesional supaya mereka dapat retire dengan duit yang cukup di tangan.

Berikut ialah apa yang saya dapat buat untuk anda:

Menyediakan roadmap kewangan untuk persaraan

Apabila anda mempunyai roadmap kewangan, maka anda dapat mengetahui dengan jelas berapakah banyak yang perlu disimpan dan dilaburkan untuk tujuan persaraan. Seterusnya anda dapat fokus kepada kerjaya anda.

Menguruskan pelaburan

Pengurusan pelaburan adalah tentang nak beli apa, berapa banyak nak beli dan bila nak beli. Ini adalah acquired skills. Jadi, saya dapat membantu anda menguruskan pelaburan dengan lebih baik setelah anda mempunya satu roadmap kewangan.

Memberi kesedaran kewangan melalui penulisan

“Bacalah.” Tanpa membaca anda tidak tahu apa yang anda tidak tahu. Selain menulisĀ buku, saya juga menulis menerusi newsletter dan juga menjadi penulis jemputan untuk organisasi tertentu.

Menjadi penceramah dan jurulatih kewangan

Saya juga dapat berkongsikan ilmu-ilmu berkaitan kewangan dan pelaburan kepada orang ramai. Saya telah bercakap di hadapan golongan profesional dan orang awam dalam topik kewangan dan juga pelaburan.

Langgan dan baca nota kewangan percuma