Melabur Dengan Halatuju
Anda telah ada simpanan 6 angka dan kini bersedia ke langkah seterusnya
Menyimpan di ASB sudah. Dalam Tabung Haji pun sudah. Semua sudah lebih dari 6 angka. Sekarang mahu melabur di tempat lain, tetapi takut kena scam pula. Mahukah anda mendapat bimbingan step-by-step dari saya?

Salam, saya Suzardi Maulan. Panggil saya Pakdi. Saya merupakan seorang licensed financial planner. No lesen saya eCMSRL/B7624/2017
Anda di tempat yang betul sekiranya...
- Ada simpanan lebih dari 6 angka di ASB / TH
- Telah memiliki rumah
- Sudah dapat menarik nafas lega untuk banyak urusan kewangan asas
- Bersedia untuk melabur dan perlukan bimbingan penuh
- Tidak suka kena push untuk beli produk kewangan
- Mahu satu halatuju untuk ke fasa kewangan seterusnya
Bagaimana saya dapat membantu?
Ramai klien yang berstatus jutawan senyap. Profesional berjaya dalam dunia korporat. Namun selesa bila orang nampak hidupnya cuma biasa-biasa, tak perlu tunjuk benda flashy untuk rasa bahagia.
Saya membantu mereka menyusun kewangan mereka supaya mempunyai halatuju yang lebih jelas. Dengan memperkenalkan 3 halatuju asas untuk mencapai:
- Stabiliti β Jangka pendek
- Fleksibiliti β Jangka sederhana
- Kebebasan β Jangka panjang
Seterusnya menguruskan portfolio pelaburan mereka.
Dengan cara ini, mereka dapat berbelanja untuk kehendak tanpa perlu rasa bersalah dan pada masa nampak bagaimana untuk memperoleh masa depan kewangan yang lebih terjamin.
Klien saya fokus kepada kerjaya. Saya bantu bab hal ehwal kewangan berdasarkan halatuju yang dipersetujui bersama.
Bersedia untuk mendapatkan halatuju kewangan?
Dapatkan sesi 60-minit percuma secara 1:1 untuk mulakan langkah ke fasa seterusnya