Tentang
Salam.
Panggil saya Pakdi sahaja.
Saya merupakan licensed financial planner with expanded scope – iaitu profesional yang dapat memberikan nasihat tentang saham, debentures atau waran yang tersenarai di Bursa Securities.
Sebagai licensed financial planner, saya dapat memberikan nasihat kewangan dan pelaburan tanpa terikat dengan mana-mana syarikat secara eksklusif.
Selain itu, saya merupakan:
- Penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang.
- Trainer untuk program Islamic Financial Planner (IFP), iaitu salah satu pensijilan profesional yang diterima untuk menjadi licensed financial planner melalui Islamic Banking & Finance Institute Malaysia (IBFIM). (Ya, saya financial planner yang mengajar future financial planner)
- Penceramah untuk program-program anjuran institusi kewangan seperti ASNB, Bursa Malaysia, SIDC dalam program financial literacy mereka.
- Penceramah untuk program berkaitan pengurusan kewangan secara Islami anjuran jabatan-jabatan kerajaan / organisasi / syarikat swasta untuk kakitangan mereka.
Kerjaya sebelum ini
Sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pegawai penyelidik Shariah / pembangunan produk di Bank Islam. Selama berkhidmat di situ beliau diberi mandat untuk meneroka idea-idea baru seperti wakaf serta membangunkan produk yang tidak berasaskan bay’ al-inah dan tawarruq.
Keluar dari sektor perbankan sejak 2011 dan melalui AFIQ Training & Advisory, beliau memberikan tumpuan kepada aktiviti ceramah dan latihan dalam bidang perancangan kewangan secara Islami.