Penat urus kewangan seorang diri?

Ada seorang klien. Usianya sudah lebih 40 tahun. Saya namakan dia Ms R. 

Ms R ini menghubungi saya untuk bertanya pasal takaful. Lebih spesifik tentang pelaburannya dalam satu pelan investment-linked product.

Dalam free discovery session yang dibuat, dia memaklumkan tentang sudah mempunyai 4 plan takaful. Dan pada masa yang sama berasa rimas kerana ramai ejen takaful dan pelaburan sentiasa cuba menghubungi dan mahu membuat temujanji

Saya faham situasi tersebut. Lebih-lebih lagi jika sudah mencapai tahap tertentu dalam kerjaya korporat. Sudah tentu ramai yang berminat untuk menjadikan dia sebagai klien.

“Kenapa hubungi saya sekarang?” Saya bertanya.

“Setakat ini saya belum pernah jumpa lagi licensed financial planner. Tapi apa yang saya pernah dengar dari kawan-kawan, real financial planner ni dapat reviu produk-produk dari pelbagai syarikat yang saya ada ni kan?”

“Betul, memang itulah antara yang akan dibuat kalau kita buat engagement,” saya menerangkan.

“Saya dah pening nak layan banyak cold call yang masuk ni. Saya harap lepas ni adalah seseorang yang dapat bantu saya untuk layan hal macam ini. Saya dah tak larat buat seorang diri. Tak reti satu. Penat pun iya.”

Habis sesi discovery, Ms R pun bersetuju untuk buat engagement.

Maka langkah seterusnya ialah saya perlu membuat fact finding. Ini merupakan satu langkah yang penting supaya saya dapat melihat keseluruhan keadaan kewangan klien. Tidak lah sekadar agak-agak.

Dalam sesi discovery ini, barulah saya tahu sebenarnya Ms R merupakan jutawan senyap. Nampak biasa-biasa. Kereta pun biasa-biasa. Anak-anak pun bersekolah kerajaan sahaja. Dari sudut luaran, memang tak nampak macam jutawan!

Simpanan pun pelbagai instrumen dan tertumpu kepada jenis yang konservatif. Sebahagian yang lain pula dilaburkan dalam unit trust.

Alhamdulillah, Ms R tidak mempunyai isu aliran tunai. Hutang pun sekadar rumah teres 2 tingkat dan sebuah kereta.

Hasil dari fact finding ini saya pun mencadangkan supaya reorganized semula, antaranya mana-mana pelan takaful yang overlap itu dihentikan sahaja.

Seterusnya saya mengirakan berapa jumlah yang Ms R perlukan untuk bersara nanti. Selain itu juga saya bantu menyiapkan tabung pendidikan untuk kesemua anak-anaknya. Selebihnya saya jadikan sebagai tabung flexible supaya dia boleh bercuti setiap tahun bersama keluarga.

“Puan pernah dengar pasal S&P 500 atau Dow Jones?” Saya bertanya.

“Apa tu ya?”

Mendengarkan jawapannya itu maka saya pun tahu kenapa pelaburan unit trust beliau sedia ada hanya tertumpu kepada satu lokasi sahaja iaitu Malaysia.

Walaupun Ms R adalah seorang profesional, tetapi disebabkan bidangnya bukan kewangan maka tidak hairan dia tidak tahu kepentingan melaburkan sebahagian di luar negara. Zaman hari ini dah mudah, tidak macam lebih 5 tahun lepas yang mana agak sukar untuk melabur selain dari Malaysia.

Saya pun menceritakan bagaimana penstrukturan semula aset pelaburan perlu dibuat. Saya tunjukkan dana unit trust apa yang perlu dijual, dana apa yang boleh dikekalkan dan dana apa yang dapat dibeli.

“Kenapa beli dana-dana ini dulu?” Saya bertanya lagi.

“Ejen suruh. Lepas tu kadang-kadang kesian tengok hari-hari hantar mesej,” jawabnya.

“Faham,” saya memberi respon ringkas

Kira-kira 6 bulan selepas itu, dalam temujanji seterusnya saya bertanyakan perkembangan. Kemudian Ms R berkata:

“Selama ni saya tak tahu nak cakap apa bila ejen-ejen ni hubungi saya. Tapi sejak jumpa Pakdi dah tahu dah nak cakap macam mana. Tak mahu lah kan orang kata kita ni sombong.”

Saya pun menerangkan:

“Alhamdulillah. Puan bidang profesional lain, bukan kewangan mahupun pelaburan.  Dan apa yang saya ajar Puan dulu nampaknya dah banyak membantu. Puan dapat terus cakap straight to the point, menggunakan laras bahasa kewangan yang asas.”

Nampaknya Ms R telah lebih tenang sekarang.

Peace of mind kata orang.

Aset-asetnya pun sudah lebih organized, streamlined dan tidak lagi overlap antara satu dengan yang lain berbanding temujanji kali pertama. Kalau dulu ambil takaful, labur unit trust sebab kasihan pun ada. Sekarang dia sudah lebih firm dalam menentukan halatuju kewangannya sendiri.

Kalau bukan diri sendiri yang nak tolong diri sendiri, siapa lagi kan?

Sesi Discovery Percuma

Mahu bimbingan kewangan seperti Ms R? Hadir ke sesi discovery bersama saya sebagai langkah pertama.

av2021small
Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan seorang licensed financial planner