Unit trust rugi? Bagaimana saya membantu klien menghadapinya

Dalam satu sesi discovery, saya nama kan dia Cik J, mengadu kepada saya tentang prestasi pelaburan unit trustnya yang kurang memberangsangkan.

Dari ceritanya, Cik J tidak tahu apa-apa pun perkara teknikal pun tentang pelaburan. Apa yang ejennya cadang maka itu lah yang dia buat.

Saya beritahu Cik J:

Pelaburan unit trust tak macam emas / bitcoin yang mana kalau kita sama-sama beli dengan kawan, dia dah untung, kita pun boleh ikut untung. 

Sebab kita kena tengok melabur dalam fund yang mana. Kalau melabur dalam syarikat yang sama, tetapi fund lain-lain maka result pun berbeza.

Jadi, dalam hal ini saya perlu buat full investment review terlebih dahulu.

Melalui full investment review, saya bukan sahaja dapat menilai semula portfolio unit trust tetapi juga lihat portfolio pelaburan secara holistik.

Cik J bertanya:

Macam mana Pakdi boleh reviu portfolio pelaburan secara holistik, ejen memang boleh buat macam tu?

Saya menerangkan:

Saya merupakan licensed financial planner, bukan ejen yang jual produk. 

Jadi lesen saya ini boleh bagi advice bukan sekadar tentang unit trust. 

Kalau ejen sesuatu produk, dia lazimnya akan bias dengan produk yang dia jual atau syarikat yang dia wakili. 

Tetapi saya akan tengok secara eagle eye view dulu, buat analisis yang perlu dan barulah cadangkan apa yang Cik J sebenarnya perlu.

Cik J bertanya lagi:

Tak perlu risau la kena beli produk lepas sesi ni?

Saya jawab:

Sesi ini hanya untuk tengok sama ada saya boleh bantu atau tidak situasi kewangan Cik J. Jika setuju, baru buat engagement. Produk datang kemudian kemudian.

Mendengarkan hal ini Cik J bersetuju untuk dapatkan servis full investment review. 

Selepas buat engagement, seterusnya adalah buat fact finding.

Dalam sesi fact finding pula, spesifik untuk isu unit trust… Cik J telah melabur sejak 2019. 

Ada empat (4) dana unit trust kesemuanya. Ada 3 isu asas dikenal pasti.:

  1. Semua unit trust adalah jenis ekuiti (high risk) 
  2. Tertumpu dalam pasaran Malaysia sahaja.
  3. Tidak mempunyai halatuju yang jelas.

Saya bertanya:

Berapa kerap ejen nasihat untuk buat rebalacing?

Cik J menjawab:

Rebalancing tu apa ya?

Saya menerangkan:

Secara mudah, rebalancing ni adalah satu kaedah untuk buy low sell high. Ejen sebelum ni tak pernah buat?

Cik J menggelengkan kepala sahaja.

Dari sudut teknikal, pelaburan dalam unit trust perlu diuruskan secara aktif. Bukannya buy & forget

Apa yang bersifat long term itu ialah hala tuju portfolio itu sendiri, tetapi dana-dana yang ada dalam portfolio perlu dipantau dari masa ke masa. 

Di situlah kegunaan rebalancing. Ada yang dijual, ada yang dibeli.

Ambil sebahagian untung yang ada dan kembali ke investment plan yang asal.

Jadi sebelum menstrukturkan semula portfolio ini saya buat beberapa perkara terlebih dahulu.

1. Kenal pasti apa tujuan melabur

Betul, semua pelaburan dibuat untuk mendapatkan untung. Tetapi bukan semua pelaburan perlu dibuat untuk maximize profit. 

Apa yang berlaku, selama ini Cik J melabur tanpa halatuju yang jelas.

Jadi saya tunjukkan bagaimana untuk menyusun semua keseluruhan portfolio supaya menjadi lebih bersistematik.

2. Melihat kedudukan aliran tunai

Saya juga menyemak kedudukan aliran tunai Cik J.

Ini adalah penting kerana seseorang itu sepatutnya melabur dengan duit lebihan. Jika melabur sebab tak cukup duit seterusnya mahu dapatkan income secara bulanan atau tahunan secara tetap, maka itu bukanlah cara pelaburan yang baik.

Ada dua situasi masalah kewangan. (i) individu yang tidak cukup duit. (ii) individu yang terlebih duit. Untuk masalah (i), melabur bukan lah jalan penyelesaiannya.

3. Membina portfolio yang sesuai dengan risiko profil

Bukan semua pelaburan itu sama. Malah, sama-sama unit trust pun berbeza. 

Saya mendapati Cik J mempunyai risiko profil yang sederhana. Maka tindakan melabur 100% dalam dana ekuiti adalah satu tindakan yang tidak wajar.

Berdasarkan maklumat-maklumat kewangan seperti di atas, maka saya pun susun semula portfolio unit trust Cik J:

a. Disebabkan sudah ada halatuju, maka saya pun dapat kira berapa sasaran keuntungan yang perlu dicapai atau dalam istilahnya disebut required rate of return.

b. Saya juga mencadangkan savings plan yang dapat dibuat kerana saya telah pun mengetahui kedudukan aliran tunai Cik J.

c. Saya bina satu customized unit trust portfolio. 

(i) Ada dana unit trust dari syarikat A, ada dari syarikat B, ada dari syarikat C. 

(ii) Bukan semuanya dilaburkan dalam kategori ekuiti. 

(iii) Portfolio pelaburannya tidak lagi fokus di Malaysia sahaja.

d. Aktiviti rebalancing juga akan dibuat dari masa ke masa.

Alhamdulillah.

Dalam sesi reviu tahunan, Cik J sudah dapat melihat progress terhadap portfolio pelaburannya. 

Dia kini mula melihat portfolio pelaburannya secara holistik berbanding sebelum ini yang hanya berfokus kepada 1 perkara sahaja iaitu pulangan.

Sesi Discovery Percuma

Hadir ke sesi discovery secara 1-on-1 bersama dengan saya untuk mula menguruskan portfolio pelaburan secara holistik. Klik link dibawah.

av2021small
Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan seorang licensed financial planner