Ekuiti atau lebih dikenali sebagai saham adalah tuntutan pemilikan dalam perniagaan. Dalam nota ini saya haya mengehadkan pelaburan saham syarikat awam berhad (public listed company) yang didagangkan di bursa seperti Bursa Malaysia dan juga dana pelaburan seperti unit amanah (unit trust), exchange traded fund (ETF) dan juga mandat persendirian (private mandate).
Ini kerana ada juga pelaburan ekuiti dalam private market seperti pelaburan dalam syarikat pemula (start-up), modal teroka (venture capital) mahu pun private ekuiti fund.
Pasaran Modal Ekuiti
Selain berhutang, sesebuah syarikat dapat memperoleh modal dengan cara menjual saham pemilikan pemegang saham sedia ada kepada pelabur baru. Dengan cara ini, peratus pemilikan pemilik tersebut akan berkurangan (dilution of shares). Inilah secara mudahnya penawaran awal awam (initial public offering – IPO).
Selepas selesai proses IPO, maka pemilik-pemilik saham tadi dapat memilih untuk terus pegang saham tersebut atau menjualnya di pasaran saham. Unit saham-saham itu akan bertukar tangan dari seorang pelabur ke pelabur yang lain.
Sebagai pemilik saham, pelabur dapat menerima dua jenis pulangan.
Dividen iaitu agihan tunai dari keuntungan syarikat. Kekerapan menerima dividen itu bergantung kepada polisi syarikat. Jumlah dividen tidak tetap dan bergantung kepada polisi serta kadar keuntungan syarikat. Sekiranya syarikat menetapkan 50% dari keuntungan (payout) dipulangkan dalam bentuk dividen, maka jika dari tahun ke tahun untung syarikat bertambah, maka kadar dividen pun bertambah. Kalau berlaku sebaliknya, kadar dividen berkurang.
Capital gain iaitu kenaikan modal yang berlaku. Lazimnya disebabkan keuntungan syarikat makin lama makin bertambah. Sama seperti dividen, jika keuntungan syarikat berkurang maka harga saham boleh semakin lama semakin jatuh seterusnya menyebabkan capital loss.
Melabur Saham Sendiri
Semua orang dapat melabur saham sendiri dengan membuka akaun dagangan dengan mana-mana syarikat broker. Selepas sudah selesai buka akaun, maka anda sudah boleh membeli saham.
Ada dua pendekatan asas untuk membeli saham.
Pedagang (trader) saham ialah mereka yang membeli saham berdasarkan pergerakan harga. Anda akan meneka sama ada harga sesuatu saham akan turun atau naik. Jika anda betul, maka dapatlah pulangan. Perkara ini dipengaruhi oleh sentimen dan momentum semasa.
Rumors, news dan cerita terkini sangat memainkan peranan walaupun rumors itu belum tentu benar dan news itu tadi belum tentu menyumbangkan apa-apa terhadap keuntungan syarikat.
Carta saham, indikator teknikal, market behavior adalah perkara-perkara dikuasai oleh para pedagang saham. Kebiasaannya tempoh pegangan saham seorang pedagang adalah pendek dari beberapa jam sehinggalah ke beberapa minggu atau bulan.
Pelabur (investor) saham ialah mereka yang membeli saham berdasarkan anggaran nilai. Anda perlu membaca penyata kewangan dan membuat penilaian (valuation). Jika pelabur lain bersetuju dengan anda, maka harga saham akan pergi kepada nilai itu tadi. Jika tidak, harga saham boleh jadi tidak bergerak atau jatuh.
Aktiviti penilaian membolehkan anda menganggaran nilai sebenar saham tersebut. Pembelian akan dibuat sekiranya harga saham sedang dijual di bawah nilai sebenar i.e. undervalued.
Pelabur akan meneliti perkembangan syarikat, keuntungan dan juga risiko yang terlibat. Pelabur juga lebih berhati-hati terhadap sesuatu rumors, news dan cerita yang berkaitan supaya ianya benar-benar menyumbang kepada nilai.
Memahami akaun, ratio kewangan dan discounted cashflow analysis adalah perkara-perkara yang perlu dikuasai oleh pelabur. Kebiasaannya tempoh pegangan seorang pelabur lebih lama dari seorang pedagang dan adalah biasa bagi seorang pelabur melabur dalam saham tersebut selama bertahun-tahun.
Melabur dalam Dana Ekuiti
Jika anda tidak dapat melabur saham sendiri seperti di atas, maka pilihan untuk melabur ialah melalui dana-dana pelaburan seperti unit trust, ETF mahupun private mandate. Kesemua dana ini mempunyai pengurus dana yang melabur seperti cara yang telah disebutkan.
Dari sudut kos, melabur saham sendiri adalah lebih murah berbanding menggunakan dana. Pelaburan melalui dana mempunyai kos (bergantung kepada produk) seperti sales charge, management fee, performance fee, service fee, redemption fee, wrap fee dan lain-lain.
There ain’t no such thing as a free lunch. Sama ada anda keluarkan duit untuk belajar ilmu pelaburan atau anda bayar khidmat profesional.
Unit trust melalui dana ekuiti adalah cara paling popular melabur dalam pasaran saham.
ETF ialah “unit trust” yang didagangkan di bursa (exchage)
Modal tidak lagi menjadi isu besar apabila melabur saham melalui unit trust dan ETF kerana kedua-duanya dapat dimulakan dengan modal rendah.
Perbezaan utama antara keduanya ialah dari sudut gaya pengurusan pelaburan. Pengurus dana unit trust lazimnya melabur secara aktif. Manakala pengurus dana ETF melabur dengan secara pasif.
Private mandate atau mandat persendirian pula adalah servis pengurusan pelaburan yang lebih personalized. Pengurus dana dapat melabur dalam saham, bon & sukuk secara terus, unit trust mahupun ETF. Apabila bersifat personalized, maka modal permulaan adalah lebih tinggi.
Money Market, Bon & Sukuk Dan Saham
Money market (cash).
Bon & sukuk (fixed income).
Saham (equities).
Money market adalah yang paling selamat dan memberikan pulangan paling rendah. Bon & sukuk adalah pelaburan selamat dan memberikan lebih pulangan dari money market. Kedua-duanya sensitif dengan kadar faedah seperti OPR.
Saham pula adalah pelaburan yang dapat memberikan pulangan paling tinggi tetapi harganya adalah turun dan naik (volatile). Justeru, dianggap sebagai lebih berisiko berbanding cash dan fixed income.
Walaupun begitu jika kita berbalik semula kepada definisi pelaburan, tujuan utama kita melabur adalah bukan sekadar untuk mengekalkan tetapi menambah kuasa membeli. Risiko paling besar sekarang ini adalah bila duit sudah habis dan anda masih kena teruskan hidup pada usia persaraan nanti.
Justeru, saham / ekuiti adalah kenderaan kekayaan paling sesuai untuk jangka masa panjang.