Suri berusia 45 tahun ketika dia tersedar yang dia perlu buat sesuatu untuk tabung persaraannya. Ini kerana dia teringat pernah membuat pengeluaran KWSP ketika mahu membeli rumah 10 tahun yang lepas. Termasuklah pengeluaran ketika zaman Covid19.
Suri tertanya-tanya adakah duit simpanan KWSP nya nanti cukup? Dia mahukan satu kepastian. Sama ada dia sudah on track atau pun belum.

Selain mencarum dalam KWSP, Suri juga telah melabur di tempat lain. Macam-macam jenis pelaburan telah dia cuba. Saham, unit trust, robo advisor, emas, kripto. Semua sudah. Namun dia tidak mempunyai apa-apa strategi spesifik. Cuma ikut sahaja apa yang disarankan oleh para pempengaruh media sosial (finfluencer) dan juga ejen.
Suruh beli dia beli, bila patut jual tidak diberitahu.
Mula-mula memang teruja. Namun lama-kelamaan Suri rasa terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan seorang diri. Sedangkan dia semakin sibuk di pejabat dengan kerja. Dulu dia cuma seorang eksekutif biasa, sekarang dia sudah mempunyai lebih dari 20 orang kakitangan untuk diuruskan.
Itu di pejabat.
Balik rumah pun tidak seperti dulu.
Anak-anak juga perlu lebih perhatian bila balik ke rumah. Sudah tidak ada banyak masa nak tengok portfolio pelaburan yang ada. Sudah tidak sempat untuk pantau sendiri.
Bila saya berjumpa Suri pertama kali pada tahun lepas, apa yang saya cuba buat ialah cuba memahami apakah yang ada jauh di sudut hatinya. Apa sebenarnya yang dia bayangkan tentang retirement. Dari penerangannya, baru lah saya dapat menunjukkan jalan bagaimana untuk sampai ke situ.
Selepas engagement berlaku, maka saya pun mengira adakah 10 tahun lagi Suri mempunyai simpanan KWSP yang cukup untuk bersara.
Selain itu saya reviu dan susun semula pelaburan-pelaburan yang lain mengikut kesesuaian. Dan mencadangkan satu pelan pelaburan yang dapat membantu dia mencapai cita-citanya.
Selepas satu tahun, saya berjumpa dalam sesi seterusnya.
Kali ini Suri nampak lebih tenang berbanding perjumpaan kali pertama. Dulu saya boleh katakan agak berserabut, tidak tersusun. Sekarang sudah lebih organized. Dia tidak lagi berseorangan menguruskan portfolio pelaburannya.
Hatinya lebih tenang. Kini Suri dapat fokus sepenuhnya kepada kerja dan keluarga dan berasa lebih yakin untuk mencapai sasaran persaraannya.
Alhamdulillah.
Sesi Discovery Bersama Pakdi
Tuan puan mahu menjadi Suri? Tenang dalam urus wang. Mulakan dengan hadir ke sesi discovery bersama saya.
