Money Market

Sebagai pelabur individu, kita melabur dalam money market melalui dana unit amanah. Dana money market melabur dalam instrumen hutang yang sangat berisiko rendah dan bersifat jangka pendek. 

Jika anda membaca lebih maklumat yang disediakan pengurus dana, mereka akan menyebut:

Primarily invest in government / government-backed securities, bills of exchange, negotiable certificate of deposits, promissory notes, call deposits and other short term government/ bank-backed securities and money market instruments.

Ya, apa yang disebut di atas adalah sangat teknikal tentang money market.

Jika tidak ada ASB, kita akan melabur dalam money market

Disebabkan wujud tabung seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Tabung Haji, maka pelabur individu bumiputera lazimnya tidak ambil kisah tentang dana money market. Melalui dana ini pelabur dapat melabur dalam satu pelaburan yang selamat dan stabil dan mudah untuk dikeluarkan. Senang cerita, inilah tempat untuk dijadiikan dana kecemasan jika tidak wujud ASB.

Perbandingan yang lebih baik untuk dana money market ialah akaun simpanan tetap (fixed deposit) di bank-bank. Keuntungan yang dapat diberikan oleh akaun fixed deposit dan dana money market adalah lebih kurang sama. Keduanya sensitif dengan kadar Overnight Policy Rate (OPR).

Akaun fixed deposit dibuka menerusi institusi perbankan dan mendapat perlindungan deposit insurans, mempunyai ‘lock-in period’ dan jumlah modal minima adalah lebih tinggi.

Manakala dana money market dibuka dengan pengurus dana, tidak mempunyai perlindungan deposit insurans, intial capital yang rendah  dan tidak mempunyai “lock-in period”.

Dalam erti kata lain dana money market ialah seumpama savings account yang memberikan kadar pulangan yang tinggi tetapi tidak mempunyai perlindungan deposit insurans.

Hari ini dana money market dapat dibuka secara online oleh mana-mana pengurus dana yang menawarkan pembukaan akaun secara digital. Jika anda tidak buka akaun simpanan tetap dengan bank, tetapi anda membuka akaun online yang memberikan pulangan dan duit dapat dikeluarkan pada bila-bila masa, kebarangkalian itu adalah tinggi yang anda sebenarnya telah pun melabur dalam money market.

Fungsi Dana Money Market Dalam Portfolio Pelaburan

Melainkan anda adalah pelabur advanced, selalunya anda tidak sedar kewujudan money market dalam portfolio pelaburan. Pengurus dana dan penasihat kewangan profesional sering menggunakan money market sebagai salah satu aset yang dilaburkan untuk portfolio klien mereka.

Dana money market berfungsi sebagai aset untuk tactical allocation bergantung kepada suasana pasaran semasa. Ambil sebahagian untung dahulu dan kemudiannya dimasukkan dalam akaun money market. Jadi, apabila pasaran tidak menentu sebahagian modal pelaburan terus stabil dan tetap memberikan pulangan.