Melabur dengan halatuju

Ada seorang klien, saya namakan Mr A. Selepas sesi fact finding, saya dapati dia mempunyai terlalu banyak produk pelaburan. Kira-kira 15 jenis produk, pelbagai. Dari ASB, unit trust, robo advisor, saham, emas, perak, kripto dan lain-lain.

Saya pun bertanya:

Apa sebab beli investment product banyak-banyak macam ni?

Dia beritahu sebenarnya dia tidak ada apa-apa strategi yang spesifik. Tiada asset allocation. Bila dia baca di media sosial, ada orang cerita pasal fund tu, dia pun beli. Bila ada orang cerita pasal produk itu, dia pun rasa menarik, dia beli.

Hope investing la ni?”

Klien tadi pun tergelak.

Saya kata kepada klien tadi dalam pelaburan ini paling penting kena ada clear direction. Betul semua orang melabur sebab nak buat untung. Tapi apa yang saya maksudkan ialah dari mana hendak ke mana?’

Dia pun berfikir agak panjang. Tak boleh jawab terus.

Saya biarkan dia berfikir buat sementara waktu. 

Dia pun berkata:

Mungkin saya selama ni a bit lucky kot. Early adopters dalam kripto. Tapi bila duit tu dah double triple, saya jadi directionless.

Apa yang Mr A ada sebenarnya ramai yang boleh cemburu. Apa yang dia perlu buat ialah re-purpose portfolio pelaburan dia. Bukannya dia tak melabur. Dah buat untung pun. Cuma, what’s next?

Maka saya cadangkan kepada dia untuk susun semula portfolio kepada 3 tujuan ini:

a. Stabiliti – Jangka pendek
b. Fleksibiliti – Jangka sederhana
c. Kebebasan – Jangka panjang 

Saya pun menerangkan apa fungsi ketiga-tiga tujuan berkenaan. Apa perbezaan antara satu dengan yang lain.

Selain itu saya beritahu berapakah jumlah yang diperlukan bagi setiap tujuan tersebut. Dan juga jenis aset dan produk yang bersesuaian. 

Nilai yang saya cadangkan bagi setiap adalah personalized berdasarkan fact finding yang telah dibuat.

“Oh.”

Saya bertanya, “Kenapa tu?”

“Saya tak pernah terfikir dari aspek ini. Selama ni saya cuma fokus kepada pelaburan apa yang boleh bagi return paling tinggi semata-mata. Kalau ada yang cadang emas, saya cepat-cepat masuk. Bila zaman kripto, saya beli bitcoin pula.”

Saya menambah, “Jadi reorganization yang saya cadang ni lebih membantu untuk move forward?”

“Ya betul. Simple tapi powerful. Saya rasa dapat lebih fokus dengan pendekatan yang ini.”

“Alhamdulillah, gembira dapat tunjukkan jalan,” ujar saya

Invest with purpose.
Get organized.

Bukan semua pelaburan dibuat untuk maximize profit. Sebaliknya, ia perlulah disusun supaya bersesuaian dengan matlamat kewangan yang ingin dicapai.

Sesi Discovery Percuma

Bukan sesi jual produk. Tiada komitmen diperlukan. Hanya tuan / puan dan saya dalam sesi 1-on-1 untuk bercakap tentang apa yang sebenarnya yang dimahukan, financially.

av2021small
Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan seorang licensed financial planner