Kebebasan Kewangan

Lepas fikir-fikir, saya nak jadikan financial independence sebagai matlamat utama kewangan,” beritahu klien.

“Ok. Kalau macam tu, kita mula dengan perancangan retirement fund,” saya memberi maklum balas.

“Eh, tapi saya tak mahu retire lagi. Saya baru 40,” ujar klien sambil ketawa kecil.

“Puan maksudkan mahu ada income dari pelaburan kan sampai tahap income itu cukup untuk puan sampai tak mahu kerja pun boleh kan?”

Saya senyap sekejap sebelum menyambung …

Melainkan Puan ada maksud ‘merdeka kewangan’ yang lain.

Retirement fund tu apa? Tabung financial independence.

Financial independence tu apa? Bila retirement fund dah cukup.

Dua istilah ini sebenarnya merujuk perkara yang sama. (Financial freedom itu nama lain bagi financial independence)

Financial independence ialah satu situasi di mana anda sudah cukup duit / harta / aset / simpanan atau sudah ada pendapatan dari pelaburan yang membolehkan anda berhenti kerja pada bila-bila masa.

Ada pilihan untuk berhenti kerja sebab duit dah dapat bekerja sepenuhnya untuk anda.

Ya, pilihan.

Macam mana nak buat? Ada dua pendekatan asas iaitu 

(1) capital liquidation, dan, (2) capital intact

Capital liquidation bermaksud duit simpanan itu akan habis dalam satu tempoh masa.

Capital intact pula ialah duit simpanan itu dapat diwariskan kepada waris / anak-anak.

Dalam bahasa lain, capital intact ini adalah satu situasi di mana anda ada satu jumlah simpanan / pelaburan yang dapat beri anda pendapatan berterusan.

Maka sebagai permulaan anda kena tahu berapa banyak simpanan yang anda perlukan.

Ini kerana jumlah simpanan yang diperlukan untuk capai financial independence ini bukanlah dipetik dari langit. Ada maklumat kewangan yang diperlukan.

Boleh kira guna financial calculator. Atu boleh juga guna apps yang bersesuaian juga.

Jadi bila nak engage licensed financial planner, anda kena… atau wajib berkongsi maklumat-maklumat kewangan. 

Supaya nasihat yang diberikan menjadi lebih baik untuk mencapai halatuju anda

Jadi bagaimana pengiraan dapat dibuat?

a. Mahu ‘gaji’ berapa banyak sewaktu retire? Katakan Pn Siti berhasrat untuk memperoleh pendapatan 10 ribu sebulan. Cukuplah sebab dah bersara, hutang pun dah habis bayar.

b. Bila nak retire? Sekarang Pn Siti berumur 45 tahun dan mahu retire umur 55 tahun.

c. Berapa lama nak terima ‘gaji’ selepas bersara? Pn Siti mahu cukup duit sampai umur 80 tahun, bersamaan 25 tahun lamanya.

d. Berapa pulangan pelaburan selepas bersara? Pn Siti kata 5% pun sudah memadai kerana sudah retire, tak perlu melabur secara agresif lagi.

e. Kadar inflasi? Saya guna 3%.

Lepas tekan-tekan financial calculator maka Pn Siti pun tahu anggaran simpanan untuk mencapai financial independence. Ada dua angka.

Berdasarkan kaedah capital liquidation adalah sekitar RM 3.23 juta. 

Berdasarkan kaedah capital intact pula ialah sekitar RM 8.3 juta. 

Selepas sudah tahu jumlah simpanan yang diperlukan maka sekarang kena buat satu perancangan bagaimana untuk mencapainya pula.

Kira berapa nilai aset yang ada.

Dari situ anda dapat buat projection untuk assets growth pada masa depan supaya mendapat jawapan adakah anda dapat mencapai jumlah simpanan yang diperlukan untuk financial independence.

Jika lepas buat kira-kira dan mendapat ia dapat dicapai, maka teruskan sahaja apa yang anda buat. Anda sudah on track.

Merdeka!

Sebaliknya jika tidak dapat dicapai dengan situasi anda sekarang. Maka kena buat adjustment. 

Apakah perubahan yang perlu dibuat? 

It depends. Setiap orang tidak sama. 

One size doesn’t fit all.

Semua berbalik semula kepada situasi kewangan masing-masing. 

Tentang pendapatan, perbelanjaan dan aliran tunai. Perihal aset, hutang dan nilai aset bersih.

Situasi kewangan setiap orang adalah unik dan berbeza.

Penat Urus Kewangan Seorang Diri?

Hadir ke sesi discovery secara 1-on-1 bersama dengan saya. Kita berbual-bual secara percuma dahulu.

av2021small
Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan seorang licensed financial planner