Berapa Lama Tempoh ‘Financial Freedom’ Yang Anda Miliki?

Colorful Hot Air Balloons Blue

Dalam satu janji temu saya bertanya kepada klien:

Sekiranya Puan terpaksa berhenti dari kerjaya korporat esok, berapa bulan Puan dapat ‘hidup seperti biasa’ dengan simpanan dan pelaburan sedia ada sebelum Puan mula berasa bimbang?

Puan Z terdiam.

Saya memberikan masa untuk beliau untuk berfikir sebelum menjawab.

Puan Z merupakan seorang pengarah satu organisasi korporat. Usia sudah melebihi 40 tahun. Berpendapatan tinggi dan terpaksa membahagikan masa untuk menguruskan pasukannya, ibu yang sudah berumur dan juga membesarkan anak.

“Saya tak rasa saya mampu bertahan lebih dari 3 (tiga) bulan,” jawab beliau perlahan.

Walaupun berpendapatan T20 atas namun beliau tidak mempunyai pelampung kewangan yang besar. Ada itu ada, tetapi tidaklah mampu bertahan sekiranya ada gelora besar melanda dalam situasi yang tidak disangka-sangka.

“Saya tak pernah terfikir sebelum ni yang betapa fragilenya kewangan saya sebab tidak pernah terfikir pun pasal situasi yang Pakdi tanya itu tadi,” Puan Z menambah.

Ini adalah dilema biasa seorang high achiever.

Bukannya tidak ada harta.

Rumah ada. Kereta ada. Ada akaun pelaburan di beberapa tempat. Dan simpanan KWSP telah pun hampir 7 angka.

Tetapi banyak dari harta yang dimiliki tidak boleh digunakan untuk membeli barangan runcit dan keperluan harian kerana bukan dalam bentuk yang cair melainkan sedikit.

Ya, atas kertas sudah pun berstatus jutawan dengan rumah kediaman, kereta dan simpanan KWSP.

Tetapi tidak boleh diusik sekiranya berlaku hal kecemasan dalam hidup.

“Faham. Ramai klien saya yang begini. Jadi apa yang saya buat dengan mereka ialah menyusun semula portfolio pelaburan yang ada terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa pelaburan baru,” saya menerangkan.

Beliau mengangguk-angguk dan termenung agak jauh.

Saya pun menyambung, ”Jadi servis saya bukan terus bermula pasal saham apa nak beli, unit trust mana yang bagi return tinggi atau platform emas mana yang bagus sebaliknya kita betulkan perkara yang asas itu dulu supaya Puan ada pilihan.”

“Pilihan yang bagaimana?” Puan Z bertanya.

“Pilihan untuk berhenti kerja lebih awal atau mungkin bila rasa ‘burnout’ pilihan untuk ‘take a break’ untuk tempoh lebih lama untuk ‘recharge’,” saya memberitahu.

Bagi membolehkan Puan Z mempunyai pilihan, saya menerangkan perkara berikut:

  • Bagaimana menjadikan KWSP sebagai ‘core’ portfolio untuk masa depan.
  • Apakah perkara yang dapat dibuat supaya mempunyai liquidity atau tunai yang wajar sebagai persediaan sekiranya berlaku perkara luar jangka.
  • Mencipta ‘flexibility fund’ supaya boleh bercuti dan juga berbelanja untuk apa-apa yang dikehendaki tanpa rasa bersalah – untuk kegunaan sekarang.

Dengan cara ini Puan Z dapat tahu berapakah jumlah yang diperlukan untuk bersara pada masa depan dan pada yang sama mempunyai keseimbangan untuk memenuhi keperluan semasa.

“Bila Puan dapat buat apa yang dinamakan strategi ‘core-satellite’ ini maka Puan dapat lebih tenang tanpa ada tekanan tambahan. Saya rasa beban kerja dan tanggungjawab terhadap ibu dan anak-anak dah pun besar,” saya menambah setelah memperincikan cara-cara untuk menguruskan aset-aset sedia ada dengan bantuan saya sebagai dedicated licensed financial planner beliau,

“Betul Pakdi, sebetulnya saya tidak mahu ada extra pressure lagi,” Puan Z mengiyakan.

Sebagai permulaan saya mencadangkan Puan Z supaya membesarkan pelampung kewangan terlebih dahulu supaya beliau mempunyai lebih fleksibiliti dalam kehidupannya.

Menyimpan dan melabur untuk masa depan serta pada masa yang dapat berbelanja untuk kehendak-kehendak lain, guilt-free.

Peace of mind.

“Alhamdulillah, tak rugi saya beranikan diri untuk hubungi Pakdi sebab selama ni saya ingat jumpa-jumpa je terus kena sign up beli apa-apa produk. Rupanya tidak. Proses-proses yang saya dah lalui ini sangat mencelikkan mata saya. Terima kasih,” kata Puan Z menutup sesi janji temu kali ini.

“Sama-sama Puan, kita akan jumpa lagi paling cepat 3 minggu lagi untuk sesi seterusnya, jumpa lagi insyaAllah,” ujar saya sambil meninggalkan meja janji temu.