Jadi Smart Advisor

Buat perubahan dari jadi semata-mata 'orang sales' kepada penasihat yang lebih profesional.

Ramai orang jadi unit trust consultant, marketing representative sebab nak menjana pendapatan sampingan. Itu bagus. Tapi jika tidak ada basic investment knowledge, sebenarnya dari jauh lagi prospek boleh bau yang anda cuma nak menjual produk untuk dapatkan komisyen.

Prospek asing lari.
Prospek kawan datang temujanji hanya sebab anda kawan.
Klien invest satu kali lepas tu dah tak invest lagi.

Jadi tidak hairan, yang dah jadi licensed financial planner pun masih ada yang setiap masa pakai topi ‘orang sales’ lagi.

av2021small

Salam, saya Suzardi Maulan. Panggil saya Pakdi. Selain menjadi licensed financial planner, saya juga merupakan salah seorang tenaga pengajar dalam persijilan IFP dan sering bekerjasama dengan pihak Bursa Malaysia dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Soalan saya... "sampai bila nak push produk sahaja... dan mahukah anda mula bercerita pasal real investment thing?"

Untuk mula jadi smart advisor, anda perlu ada sekurang-kurangnya 3 ilmu pengetahuan ini:

  • Time value of money
  • Investment fundamentals (type of asset class classes, economic indicators, valuation dll)
  • Portfolio management 

Anda barangkali terfikir, produk pelaburan yang bagus adalah segala-galanya. Definisi pelaburan yang bagus pula anda cuma gunakan return on (past) investment (ROI).

Betul, pelaburan untuk buat untung.

Tapi anda kena ingat untung berkait rapat dengan risiko. Ini asas time value of money.

ROI bukan segala-galanya 

ROI adalah past performance. Anda mahu prospek melabur untuk masa depan. Supaya modal berkembang. Dalam bahasa yang lebih teknikal – future value (FV).

Untuk kira FV ada 4 komponen iaitu rate of return, period, regular savings dan current capital.

Katakan seorang klien, saya namakan Encik Abu. Dia ada modal 50 ribu. Apa yang dia mahu ialah modalnya berkembang jadi 100 ribu. Jika anda hanya tahu pasal ROI, maka anda pun mencari-cari pelaburan yang boleh bagi pulangan 100% dengan modal 50 ribu.

Anda abaikan faktor period dan regular savings.

Akhirnya apa yang anda cadangkan ialah strategi pelaburan FOMO – beli ketika di pucuk atau pun masuk dalam pelaburan yang tidak sesuai dengan klien. 

Akhirnya klien rugi. 

Klien tidak lagi percayakan anda. Klien tidak mahu lagi melabur dengan anda. Klien pun tidak mahu bagi referral kepada anda.

Kalau anda ambil faktor period, anda dapat tahu …

100% dalam tempoh 1 tahun adalah very high risk.
100% dalam tempoh 5 tahun adalah high risk.
100% dalam tempoh 10 tahun adalah moderate risk.

Kalau anda combine faktor regular savings …

En Abu dapat ada simpanan 100 ribu dengan menyimpan antara 400-450 ringgit sebulan selama 5 tahun dengan cuma mengambil risiko pelaburan yang sederhana.

Bukan sekadar itu

Itu baru pengiraan future value. 

Belum masuk perkara lain seperti kelas-kelas aset. Kalau anda tahu apa itu kelas aset, anda dapat faham kenapa ada produk pelaburan yang bagi untung besar dan ada yang bagi untung biasa-biasa.

Ini belum cerita pasal portfolio management. Sebab bukan tiap-tiap tahun sesuatu pelaburan itu naik harga. Ada masa harga turun, bukan sikit-sikit tapi banyak terus. Apa nak buat kalau ada pelaburan dah buat untung? Apa pula nak buat bila pelaburan klien sedang rugi?

Ini baru lah real investment thing yang dapat membuatkan anda jadi lebih bijak masa urus duit klien.

Sesi coaching smart advisor:

Berminat untuk jadi penasihat kewangan yang lebih bijak? Hubungi saya di:

suzardi [at] afiqtraining dot com

Atau klik sini untuk hantar emel kepada saya.