Pelabur individu kebiasaannya melabur dalam bon & sukuk melalui dana unit amanah atau pun exchange traded fund (ETF). Dana bon & sukuk adalah pelaburan yang berisiko rendah dan dapat memberikan pulangan yang lebih tinggi dari dana money market dan dalam banyak keadaan adalah lebih stabil dari dana ekuiti.
Bon ialah kertas hutang konvensional.
Sukuk pun ialah bon yang patuh Shariah.
Pasaran Modal Hutang
Sesebuah syarikat dapat memperoleh modal dengan cara berhutang tanpa perlu berhutang dengan pihak bank komersil. Caranya dengan mengeluarkan kertas hutang yang dinamakan bon & sukuk untuk dijual kepada pelabur.
Syarikat ABC mengeluarkan sukuk bertempoh 7 tahun. Kadar kupon (saham disebut dividen) adalah 5.50% setahun. Apabila pelabur membeli sukuk tersebut, maka setiap tahun dia akan menerima pulangan 5.50% atas modal. Setelah tamat tempoh matang 7 tahun, modal pelabur itu tadi pun dipulangkan semula.Â
Atas sebab inilah bon & sukuk disebut aset berpendapatan tetap. Walaupun pendapatannya tetap tetapi bukanlah bermaksud tidak boleh rugi. Pembayaran kupon itu bergantung kepada aliran tunai syarikat ABC itu semula. Jika tidak ada masalah sepanjang tempoh 7 tahun, maka pelabur tidak rugi. Namun sekiranya berlaku sesuatu masalah perniagaan, maka pelabur tetap boleh rugi.
Lagi “selamat” (kebarangkalian menghadapi masalah perniagaan) sesuatu bon & sukuk itu maka lagi rendah kadar keuntungannya. Jika bon & sukuk itu membiayai projek yang lebih berisiko, maka kadar keuntungan menjadi lebih tinggi.
Kerajaan juga dapat mengeluarkan bon & sukuk. Dalam konteks ini, kerajaan menjadi “peminjam” dan pelabur menjadi “creditor”. Bon & sukuk yang dikeluarkan oleh kerajaan dianggap yang paling selamat dalam sesebuah negara.
Melabur Dalam Dana Bon & Sukuk
Bukan semua dana bon & sukuk diciptakan sama.
Lagi tinggi pulangan bermaksud dana tersebut melabur dalam bon & sukuk yang lebih berisiko. Ini dapat dibezakan dengan melihat di manakah dana itu melabur seperti:
- Sekuriti kerajaan (paling selamat)
- Bon & sukuk yang dikeluarkan syarikat korporat
- Penarafan kredit
- Tempoh bon & sukuk