Lain-Lain Aset dan Aset Baru

Ada juga orang mengumpul barangan yang disebut sebagai collectibles.

Contoh collectibles adalah:

  • Lukisan
  • Beg tangan mewah
  • Duit & syiling lama / numismatik
  • Memorabilia sukan
  • Setem
  • Komik
  • Permainan seperti lego
  • Jam
  • Kereta dan perhiasan antik
Dan ini merupakan satu bidang yang memerlukan minat dan kepakaran tersendiri kerana pasarannya adalah lebih kecil. Justeru menjadikan collectibles aset yang tidak cair.

Selagi ada permintaan dan penawarannya terhad, maka harga collectibles dapat naik. Namun, nilainya juga dapat menjadi kosong (zero) jika tiada siapa lagi yang berminat untuk memilikinya.

Aset Baru

Disebabkan oleh teknologi, pasti akan wujud aset jenis baru yang dicipta oleh manusia. Antara yang pernah hangat satu ketika dulu ialah NFT – non-fungible token seperti Bored Ape Yacht Club, CyrptoPunks dan Azuki.

Matawang kripto juga merupakan satu jenis aset baru. Bitcoin (BTC) merupakan matawang kripto yang pertama dicipta. Dilaporkan ada sekurang-kurangnya 11,000 matawang kripto telah dicipta.

Sejarah Pendek Bitcoin

Dalam kertas putih (white paper) pada tahun 2008, bitcoin ialah peer-to-peer electronic cash system. Bitcoin ialah inovasi yang bersifat disruptive dalam sistem kewangan.

Pada 22 May 2010, dua pizza dibeli dengan harga 10,000 BTC. Anggaran nilai 10 ribu BTC dalam USD pada ketika ialah sekitar $40 sahaja. Pendek cerita tujuan bitcoin dicipta ialah untuk menjadi matawang sebagai alternatif kepada matawang fiat. 

Pendokong awal memang cuba menjayakan usaha bitcoin sebagai matawang. Namun usaha tersebut kelihatannya masih gagal dan bitcoin kini kelihatannya menjadi sama seperti emas, bezanya bitcoin adalah digital. Masih ada pihak yang cuba menjadi emas sebagai matawang tetapi usaha tersebut masih belum berjaya.

Uniknya bitcoin adalah walaupun pernah mengalami kejatuhan yang besar sehingga hilang 80-90% dari nilai, bitcoin tetap masih dapat bertahan dan harganya telah pun mencecah USD 100 ribu. Sekiranya bitcoin adalah scam, maka selepas berlaku kejatuhan sebegitu besar sukar untuk harganya naik semula.

Secara relatif bitcoin masih baru. Walaupun begitu telah ada peminatnya tersendiri. Tiada siapa yang pasti adakah bitcoin akhirnya dapat menjadi matawang sebenar atau kekal terus menjadi ’emas digital’.