Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan seorang licensed financial planner, penulis dan jurulatih kewangan & pelaburan secara Islami.
Tentang Pakdi >>
Tentang Pakdi
Suzardi Maulan atau lebih dikenali sebagai Pakdi merupakan seorang licensed financial planner. Beliau juga dapat memberikan nasihat tentang saham, debentures atau waran yang tersenarai di Bursa Securities.
Selain itu, saya juga:
- Penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang.
- Trainer untuk program Islamic Financial Planner (IFP), iaitu salah satu pensijilan profesional yang diterima untuk menjadi licensed financial planner melalui Islamic Banking & Finance Institute Malaysia (IBFIM). (Ya, saya financial planner yang mengajar future financial planner)
- Penceramah untuk program-program anjuran institusi kewangan seperti ASNB, Bursa Malaysia, SIDC dalam program financial literacy mereka.
- Penceramah untuk program berkaitan pengurusan kewangan secara Islami anjuran jabatan-jabatan kerajaan / organisasi / syarikat swasta untuk kakitangan mereka.
Kerjaya sebelum ini
Sebelum ini saya pernah berkhidmat sebagai pegawai penyelidik Shariah / pembangunan produk di Bank Islam. Selama berkhidmat di situ saya diberi mandat untuk meneroka idea-idea baru seperti wakaf serta membangunkan produk yang tidak berasaskan bay’ al-inah dan tawarruq.
Keluar dari sektor perbankan sejak 2011 dan melalui AFIQ Training & Advisory, beliau memberikan tumpuan kepada aktiviti ceramah dan latihan dalam bidang perancangan kewangan secara Islami.
Khidmat semasa
Selain dari terus memberikan khidmat ceramah, latihan dan penulisan, saya sebagai licensed financial planner membantu golongan profesional seperti doktor, jurutera, peguam, pengurus kanan untuk mempunyai satu financial roadmap untuk mencapai matlamat kewangan mereka seperti mempunyai financial independence dan comfortable retirement.