5 Checklist Buat Pelaburan Dengan Bersistem

Berhenti Melabur Secara Sembrono

Oleh: Suzardi Maulan (Pakdi)

Antara tujuan kita melabur ialah nak ada passive income yang dapat menggantikan gaji supaya kita ada pilihan untuk berhenti kerja pada bila-bila masa je. Perkara ni bukan benda kecik. Melibatkan sama ada nanti cukup ke tidak duit untuk retire.

Bila cuti sekolah, biasalah kita pergi holiday. Selalunya 2,3 hari sahaja. Bukan seminggu. Bukan sebulan. Tetap ada itinerary-nya. Bila nak bertolak dari rumah. Masa nak check-in. Siang nak buat apa. Sebelah malam nak pergi ke mana pula. Itu tak campur bab pakai lagi.

Nak berenang, hiking atau cuma berjalan-jalan cari makan? Baju berenang dah lain. Baju anak perempuan tak sama dengan anak lelaki. Bukannya boleh rasa-rasa nak bercuti je terus ambil kunci kereta, start enjin dan terus gerak.

Itu nak bercuti. 3 hari aje pun. Bukan pergi jauh-jauh. Tetap ada perancangan. Jadi apa yang menyebabkan kita tak perlu merancang pelaburan? 

#1 Melabur Dengan Duit Lebih

Warren Buffett adalah orang nombor 4 paling kaya atas planet bumi. Dia melabur secara serius pada usia 26 tahun. Waktu dia berhenti kerja, simpanannya ialah sebanyak 174 ribu dan belanja setahun cuma 12 ribu. Maksudnya dia boleh duduk aje tak perlu buat apa-apa selama 14 tahun.

Menurut Chalie Munger, kawan dia yang juga seorang billionaire. Dia kata yang paling susah ialah – acccumulating the first $100,000 from a standing start, with no seed money. Buatlah macam mana pun, cari duit lebih ke, potong belanja ke. Starting point dia ialah ada investable asset sebanyak 100 ribu. Kemudian, dengan cara yang betul duit tadi dapat membesar dan membesar macam snowball yang digolekkan dari atas bukit tu.

Warren Buffett buat bermacam-macam kerja. Jual coke, kacang, surat khabar, ada mesin pinball sehinggalah pawah tanah. Charlie Munger pula adalah seorang peguam dan terlibat dalam real estate development.

Diorang melabur dengan serius dengan duit lebihan yang diorang dapat.

#2 Ada Polisi Pelaburan

Ada 3 jenis aset asas yang perlu kita blend dalam portfolio pelaburan. (1) Ekuiti i.e. saham (2) Fixed Income i.e. sukuk dan bond (3) Cash dan jenisnya. Setiap satu aset ini ada fungsi seperti yang berikut:

  1. Saham: Bertujuan untuk maximize profit.
  2. Fixed income: Supaya dapat reasonable income dari cashflow.
  3. Cash: Stability.

Saham untuk jangka masa panjang dapat melawan inflasi dan menghasilkan lebih untung dari pelaburan fixed income. Kekurangannya adalah keuntungan pelaburan saham bukanlah dalam bentuk garis lurus. Nilai pelaburan kita ada up and down untuk jangka masa pendek.

Fixed income dapat memberikan cashflow yang stabil. Tak berapa nak ada up and down. Tetapi kita tak dapat capai banyak sasaran kewangan yang kita nak hanya dengan melabur kat sini sebab keuntungannya terhad.

Tunai pula adalah aset yang membolehkan kita bersedia dengan impak pasaran. Orang kata cash is king. Dan macam dalam chess, raja ni kita cuma gerakkan bila perlu sahaja.

#3 Tahu Takat Mana Boleh Tengok Rugi

Melabur memang nak buat untung. Tak ada siapa melabur sebab nak rugi. Masalahnya kita pasti mengalami kerugian. Itu adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Jangan mengharap untung sebesar Gunung Kinabalu tetapi tak mahu ambil risiko walau sebesar zarah pun. Apa ni?

Kebiasaannya orang hanya tanya “berapa boleh untung” tetapi lupa nak bertanyakan soalan “berapa boleh rugi?” Kalau ada yang menjanjikan untung lagi lah dia seronok macam dunia ini dia yang punya. Hakikatnya semua pelaburan ada risiko, cuma yang membezakan ialah sama ada risiko itu tinggi atau rendah.

Maka pelaburan perlu dibuat dengan mengambil kira berapa banyak yang kita sanggup rugi. Bukannya bermula dengan berapa banyak boleh buat untung. 

Seandainya modal ada 100 ribu. Dari jumlah tersebut, berapakah jumlah kerugian yang kita sanggup tengok dan terima. Itu adalah jauh lebih baik dari mula melabur dengan bertanya untung dulu. 

#4 Guna Penasihat Kewangan Yang Betul

Bukan semua yang berkemaja, bertali leher dan berbaju kot itu dan memberikan ‘nasihat kewangan’ itu adalah penasihat kewangan sebenar. Barangkali mereka cuma salesman yang dibenarkan menjual 1,2 pelaburan mengikut lesen yang dia ada.

Dari banyak-banyak “penasihat kewangan” yang ada, kena tahu dulu yang mereka ini semua mewakili siapa. Klien atau syarikat pelaburan? Dan kita perlu tahu penasihat kewangan yang mewakili klien dan memberikan servis advisory adalah berbeza dengan “penasihat kewangan” yang menjual produk.

Sekiranya kita adalah pelabur yang sudah ada ilmu pelaburan yang banyak, barangkali tidak memerlukan kepada penasihat kewangan yang memberikan servis advisory. Cukuplah anda mempunyai ‘penasihat kewangan’ yang berasaskan transaksi. Setiap kali jual beli berlaku, barulah mereka mendapat komisyen.

Manakala penasihat kewangan yang berasaskan advisory pula, selalunya mereka ini dibayar untuk memastikan kita tidak membeli apa-apa yang bodoh dan tidak bersesuaian dengan polisi pelaburan yang telah dibuat terlebih dahulu. Ya, mereka dibayar to say no! dan bukan untuk menjual produk. (rujuk #2 Polisi pelaburan)

#5 Kaedah Urus Pelaburan

Pelaburan ini macam bercucuk tanam atau macam menternak lembu dan kambing. Bukan hari ini tanam, esok dah berbuah. Hari ni beli sepasang kambing esok dah beranak!

Bila bercucuk tanam maka ada aspek pengurusannya. Ada jadual membaja, ada masa perlu meracun. Nak petik buah. Nak tanam semula. Bila tanaman tak menjadi kena kena tahu apa nak buat. Justeru, mesti ada masa untuk menguruskan pelaburan.

Semasa melabur dalam pasaran modal, bila perancang kewangan dah design satu polisi atau pelan pelaburan untuk anda, maka selepas itu anda dapat menguruskannya sendiri secara do-it-yourself.

Tapi kalau dah seharian anda dah terkejar-kejar ke sana kemari di pejabat, bilakah ada masa nak buat kajian dan menguruskan pelaburan sendiri? Hujung minggu kata nak habiskan masa berkualiti dengan keluarga, bukan?

Dan sekiranya tidak ada masa, anda ada pilihan untuk melantik private fund manager (alternatif unit trust) untuk menguruskan aset pelaburan yang mengikut pelan pelaburan yang telah direka oleh perancang kewangan.

pak

Penulis: Suzardi Maulan (Pakdi) membantu pelabur mendapat peace of mind walaupun pasaran tengah jatuh. Sila isi nama & emel menerusi borang berikut untuk menerima 10 lagi nota selanjutnya.