Pakdi, Pelaburan Apa Yang Lebih Untung Dari ASB Atau Tabung Haji ?

“Pakdi, ada tak investment yang boleh dapat return lebih dari Tabung Haji?”

Popular soalan macam ni.

Baik peserta dalam seminar, peserta coaching mahupun klien yang saya uruskan pelaburan mereka. Mereka ada savings dalam Tabung Haji. Mereka letak duit dalam ASB. Dan mahu sesuatu yang dapat beri untung lebih tinggi dari kedua instrumen kewangan tajaan kerajaan itu tadi.

Jawapan pendeknya – ada. Tetapi bukan sesuatu yang straight forward. Letak duit je confirm untung. Ia tak macam tu. Dan bukan semua orang layak dan sesuai melabur dengan cara ini.

Jawapannya ialah cara yang berpotensi untuk lebih untung dari ASB / Tabung Haji ialah dengan melabur dalam ekuiti. Secara spesifik jenis medium / small cap. Sama ada beli saham, unit trust atau melalui managed account.

Apa Itu Medium / Small Cap ?

‘Cap’ itu bukan topi. Cap itu ialah kependekan dari istilah capitalization. Market capitalization. Saiz modal pasaran. Jadi merujuk kepada saham-saham di Bursa Malaysia yang saiznya bernilai atau 200 juta ke 2 bilion ringgit.

Senang cerita medium-small cap syarikat-syarikat ‘kecil’ yang masih ada ruang untuk membesar dan bukannya syarikat ‘besar’ yang selalu orang sebut big-cap atau blue chip tu.

Macam saham atas ni, harganya naik dari sekitar 5 ringgit menjadi 20 ringgit dalam masa tidak sampai 3 tahun! Untung 4 kali ganda. Efek saham kategori medium / small cap.

Jadi pelabur saham Bursa Malaysia yang urus pelaburan saham sendiri boleh fokus beli saham-saham medium to small cap ni. Kalian dapat mula belajar beli saham dengan cara yang lebih baik melalui laman web www.tutorialsaham.com

Bagaimana Dengan Pelabur Unit Trust Dan Managed Account?

Untuk pelabur unit trust, pilih dana jenis ekuiti yang melabur dalam saham-saham medium to small cap.

Untuk pelabur managed account pula, pilih fund manager yang menawarkan strategi pelaburan yang melibatkan saham-saham medium to small cap.

AWAS! UNTUNG TAK DIJAMIN

Potensi untuk dapat untung lebih besar itu ada. Tapi tak ada jaminan untung. Ada tahun yang dapat untung lebih rendah dari TH / ASB. Ada tahun dapat rugi. Malah rugi double digit pun tak mustahil.

Ini contoh satu dana unit trust ekuiti – medium to small cap.

  1. Kiraan ini saya ambil dari Morningstar.
  2. Kita dapat tengok untung setahun macam roller-coaster. Untung boleh cecah double digit. Rugi pun boleh cecah double digit.
  3. Tapi dengan peram unit trust ni untuk tempoh 10 tahun, keuntungan terkompaun ialah 8.95% setahun.
  4. Maksudnya, modal 100 ribu yang dilaburkan sejak 10 tahun lepas, maka hari ini modal tu dah berkembang jadi 235,000.
  5. Ini prestasi lepas, prestasi akan datang kita tak tahu.

Higher Risk, Higher Potential Return, Higher Potential Loss

Konsep ini penting difahami.

Nak untung lebih dari Tabung Haji, lebih dari ASB maka kena bersedia ambil lebih risiko.

Kalau nak untung 20 peratus, 30 peratus setahun macam bakul pelaburan medium to small cap, maka kena bersedia untuk rugi 20 peratus, 30 peratus juga. Tak boleh lah nak untung besar, tapi risiko tak mahu ambil langsung.

Jangan minta. Jangan cari. Jangan tanya. Pelaburan apa yang dijamin untung. Pelaburan apa yang takkan rugi. Sebab akhirnya sama ada berjumpa ejen pelaburan yang suka berjanji bulan dan bintang atau akhirnya masuk scam.

Bab ini bab emosi. Takde siapa boleh bantu.

Licensed financial planner macam saya boleh bantu bab teknikal pelaburan. Tapi bab emosi, bab dalam hati, bab hati kental tak kental itu saya tak boleh bantu.

Saya boleh bagi nasihat, semasa harga jatuh untuk tambah lagi pelaburan atau terus peram. Tapi kalau diri sendiri tu jenis tak boleh tengok harga jatuh tergolek, maka hati tak dapat bertenang juga.

Jadi inilah jawapan saya bagi soalan di atas.

p.s. Warren Buffett pernah ditanyakan soalan tentang strategi pelaburan untuk pelabur saham kecil-kecilan dan beliau pun sebut small cap companies ada potensi bagi untung yang besar. Tapi sebab tak ramai yang berani ambil risiko, maka beliau mencadangkan index investing sahaja.

p.p.s Berminat nak dapatkan sesi nasihat kewangan 1-on-1? Jika YA, sila hubungi 03-92079780 untuk tetapkan temujanji, atau Whatsapp 0126979982 atau klik wasap.my/60126979982/appointment