Bagaimana 2 Orang Billionaire Ini Melabur?

Warren Buffett dan Charlie Munger adalah 2 orang pelabur saham billionaire.

Saya percaya semua pelabur tegar tahu pasal mereka berdua ini.

Kita tengok secara ringkas bagaimana mindset mereka berdua sebagai seorang pelabur saham.

  1. Pelaburan saham sebagai tempat membeli bisnes yang wonderful.
  2. Bisnes yang wonderful menghasilkan keuntungan berlipat ganda untuk jangka masa panjang jadi beli pada fair price pun ok.
  3. Sabar kena 200% sebab pelaburan saham mengambil masa.

.

Stori formula pelaburan mereka berdua ni sebenarnya dah banyak ditulis di internet. Tapi sebenarnya bukan formula itu sangat yang jadikan mereka billionaire. Tetapi perkara ini.

Saya mulakan dengan stori ringkas Warren Buffett (WB) dulu.

  • WB berniaga macam-macam. Dari air coke, chewing gum sampailah bola golf.
  • WB bukan jurujual yang hebat sebab itulah WB berhenti jadi broker saham di syarikat ayah dia Buffett-Falk & Company dan mula berkuli dengan mentornya, Ben Graham.
  • Dari situ, selepas dah cukup savings yang boleh cover perbelanjaan selama 14 tahun barulah dia fokus dalam dunia pelaburan.

.

Ini pula stori pasal Charlie Munger (CM).

  • Merupakan seorang peguam, nama firma guamannya ialah Munger, Tolles & Olson LLP.
  • Dia juga terlibat dalam projek-projek hartanah.
  • Dari situ dia jadi kaya raya dan selepas itu barulah dia menjadi partner kepada Warren Buffett dalam Berkshire Hathaway.

.

Nampak tak?

Persamaan antara WB dan CM.

Jadi minta maaf lah kalau ada yang claim, janji pada orang Melayu, rakyat Malaysia yang kita semua dapat jadi jutawan saham ni.

Sebabnya:

1. Income & Savings

Kena ada income yang secukupnya dulu.

Tak kisahlah kerja makan gaji ke, golongan profesional ke atau berbisnes sendiri.

Yang penting lepas ada income bulanan, cukup duit belanja untuk keperluan hidup, dapat buat emergency savings dulu. Dah lepas yang dua itu maka selebihnya terus laburkan.

Licensed financial planner macam saya tak boleh nak bantu bab tambah income tiap bulan ni.

2. Sabar

Pelabur tegar mesti dapat jumpa formula yang WB dan CM guna.

Itu tak susah sangat. Yang lebih susah adalah nak jadi sabar macam mereka berdua.

Ada diorang kisah dengan janji untung tiap bulan dapat 10% sebulan bersamaan 120% setahun? Takde! Sebab simpanan keperluan asas untuk hidup itu dah cukup.

Return pelaburan WB dan CM ialah dalam sekitar 20% setahun sahaja.

Tapi kena faham, mereka bukan dapat 20% tiap-tiap tahun tetapi 20% itu adalah keuntungan secara terkompaun untuk jangka masa panjang.

Pada 2015, saham Berkshire Hathaway “rugi” 12.5%! ASB bagi return 6.75% pada 2016 pun ramai dah bising, inikan pula kalau nak hadap kerugian setinggi 12%.

Mereka berdua tak kisah kalau harga saham jatuh. Malah pada Oktober 1987, saham Berkshire Hathaway mereka susut 25%.

Black Monday 1987 tu menjatuhkan banyak harga saham. Apa yang mereka buat? Jual saham-saham mereka dan beli bon atau emas? Tak. Mereka beli saham Coca-Cola pada 1988!

Boleh tahan volatility iaitu turun naik harga macam itu? Terus terang saya cakap kalau savings tak cukup, beli saham dengan tujuan nak dapatkan income lebih tiap bulan memang tak boleh tahan kalau tengok harga saham jatuh.

Sebab mereka ada income cukup, savings cukup maka mereka boleh melabur dengan hati yang tenang untuk jangka masa panjang. Akhirnya dapat jadi billionaire.

3. Independent

WB dan CM keduanya adalah kaki membaca.

Dari situ mereka dapat banyak ilmu, informasi dan idea bisnes & pelaburan.

Tahun 2017 yang dah berlalu itu, berapa banyak tajuk buku dah kita khatam ? Berapa banyak annual report syarikat kita dah belek ?

Atau cuma sibuk join group-group saham untuk harapkan dapat tips saham dengan harapan dapat jana return 10% sehari?
.

WB & CM tahu bukan semua orang ditakdirkan jadi pelabur saham yang berjaya.

Pelebur saham itu ramai.

Maka WB mencadangkan kepada majoriti pelabur, adalah lebih baik melabur dalam pelaburan indeks sahaja.

Pada 2007, satu betting telah pun dibuat oleh WB dengan sekumpulan fund manager. WB nak tunjukkan betapa sesuainya strategi indeks untuk majoriti pelabur.

WB pilih Vanguard S&P 500 index fund.

2017 telah pun berlalu, setiap RM 100 dilaburkan telah jadi hampir RM 200. Maksudnya keuntungan terkompaun ialah 7.1%

Itu kisah di Amerika.
.

Untuk kita di Malaysia.

Return tersebut sebenarnya adalah lebih kurang return ASB

Sebab itu saya suka cadangkan matlamat paling asas ialah simpan duit dalam ASB sampai penuh i.e. RM 200 ribu.

Selepas dah tak boleh masukkan duit dalam ASB, barulah fokus untuk laburkan di tempat lain pula.

Waktu itu hati dah tenang, harga jatuh pun masih dapat rileks. Tambah modal lagi ada.

Waktu itu emosi stabil, jadi tak perlu kejar return yang tak masuk akal. Dapat antara 5-10% setahun pun dah bersyukur. Return >10% itu namanya dapat rezeki lebih.

Waktu itu barulah licensed financial planner dapat bantu dengan lebih baik sekiranya tuan-puan buntu, tak tahu atau tak mahu nak melabur secara Do-It-Yourself.

Suzardi Maulan ialah seorang fee-based financial advisor dan licensed financial planner. Sila klik link ini untuk baca profil beliau.