Bagaimana FPR Dapat Membetulkan Bakul Pelaburan Anda

“Unit trust aku rugi. Ejen suruh jual dan beli fund lain. Kau rasa?”

Kawan saya tiba-tiba bertanya.

Kawan ini bagus orangnya. Sebab dia tau performance unit trust dia macam mana. Ramai lagi yang jangankan performance, nama unit trust yang mereka beli pun tak tahu.

Jadi dalam situasi ini, kawan saya tanya pendapat saya. Selamat kawan dia yang hensem ini juga merupakan Financial Planner Representative (FPR) atau juga disebut sebagai licensend financial planer.
.

Licensed financial planner atau FPR ini adalah kembar kepada FAR tapi bapak lain-lain. Emak dia sama ada CFP, IFP, RFP, Shariah RFP tetap lain bapak. FPR ini bapak dia Suruhanjaya Sekuriti.

Nota: Kenali Siapa Itu Financial Adviser Representative Dan Bagaimana FAR Bantu Lindungi Harta Anda?

FPR adalah wakil kepada klien dalam hal ehwal investment. Ya, kami mewakili klien.

Ini kerana FPR juga bukan sahaja boleh cerita pasal pelaburan unit trust, FPR juga ada adik-beradik sama bapak yang bernama fund manager. Yang mana fund manager ini dapat laburkan saham terus ke Bursa Malaysia untuk klien FPR.
.

Berbalik kepada cerita kawan saya ini. Bakul telur dia:

  • 100% dalam fund Y, dari fund house X.

Bila tanya kenapa beli 1 fund tu sahaja, jawapannya mudah. Ejen, wakil syarikat fund house yang recommend macam itu.

Jadi apa beza kalau consult FPR?

Maka kalau consult FPR dari awal, dia dapat advice atau strukturkan pelaburan jadi semacam ini:

  • 20% dalam fund 1, fund house A.
  • 20% dalam fund 2, fund house B
  • 30% dalam fund 3, fund house C
  • 15% dalam fund 4, fund house D
  • 15% dalam fund 5, fund house E

Jadi, bakul telur dia tak tertumpu kepada 1 fund, dari 1 fund house sahaja. Yang mana kalau 1 telur itu jatuh, maka memang kecut perut melihatnya.

Tak mesti unit trust. FPR pun dapat cadang macam ini:

  • 50% untuk beli 4 saham bluechip yang diuruskan fund manager
  • 50% untuk beli 2 ETF

Jadi, dalam bakul itu ada 6 biji telur. Bukan cuma 1 telur sahaja. Pecah 1 telur masih ada lagi 5.
.

Macam mana nak isi bakul telur tu i.e. angka x%, y%, z% tu boleh keluar?

Itu resipi rahsia seseorang FPR lah. Takkan saya nak kongsi dengan semua orang. “Biarlah rahsia” bak kata bakal besan, ibu kepada Siti Aafiyah.

Dipendekkan cerita, saya berani nasihat orang melabur sebab saya sendiri seorang pelabur. Kalau saya suka sesuatu pelaburan tu saya akan share dengan klien. Kalau saya tak berapa suka pun saya akan share dengan klien.

Akhirnya, klien sendiri yang buat keputusan berdasarkan pengalaman yang saya kongsikan serta perbandingan data-data yang ada.

Dan saya sejenis FPR yang mengenakan advisory fee untuk sebarang nasihat kewangan.

Wassalam,
Suzardi Maulan