Kenali Siapa Itu Financial Adviser Representative Dan Bagaimana FAR Bantu Lindungi Harta Anda?

“Kau jadi licensed financial planner tu apa jobscope ek?”

Kawan lama hantar mesej.

Saya pun bertanya lebih lanjut. Rupa-rupanya ada beberapa proposal insurans / takaful sampai ke mejanya. Katanya dari financial planner.

Mungkin kawan saya ini pelik sebab kata ‘financial planner’ tapi kenapa jual insurans / takaful. Apa beza ‘financial planner’ dengan ejen insurans macam tu?

Merujuk kepada persoalan kawan saya tu, financial planner atau lebih spesifik dalam konteks insurans / takaful istilah yang lebih tepat untuk financial planner adalah Financial Adviser Representative (FAR).

Apa beza dengan ejen biasa? Dipendekkan cerita, FAR boleh memasarkan pelbagai produk insurans / takaful tanpa perlu terikat dengan satu syarikat.

Maksudnya melalui seorang FAR, seseorang itu boleh mendapatkan comprehensive takaful plan yang macam ini.

  • Medical card dari takaful A
  • Term takaful dari takaful B
  • Investment-linked dari takaful C.
  • Dan oleh disebabkan dia buat online business, ada cyber risk management untuk melindungi harta-harta online yang dia ada, dari takaful D; offshore takaful provider pula.

1 FAR, dapat 4 takaful protection dari 4 takaful provider yang berbeza untuk 4 keperluan perlindungan kewangan. Kenapa sampai 4 takaful provider?

Sebab FAR cari yang terbaik untuk keperluan klien. Macam seperti apa yang tulis sebelum ni, FAR mewakili klien. Bukan syarikat.

Baca: Siapa Advisor Kewangan Anda?
.

Secara umumnya financial planner berlesen boleh buat macam-macam perkara yang berkaitan kewangan. Individu atau korporat.

Tetapi realitinya, terpulanglah kepada licensed financial planner itu secara individu untuk fokus dalam bidang apa walaupun boleh nak buat semua.

Ya, macam doktor kan. Ada pakar jantung, ada pakar buah pinggang, ada pakar kanak-kanak.

Saya buat apa? Baca semula ringkasan profil saya di www.suzardimaulan.com

Wassalam,
Suzardi Maulan