Siapa Advisor Kewangan Anda?

Dalam industri perancangan kewangan, sekurang-kurangnya ada 2 kategori ‘advisor’ yang orang awam kena tahu.

1. ‘Advisor’ yang mewakili syarikat, dikenali sebagai ejen insurans/takaful, unit trust consultant, estate planner

2. ‘Advisor’ yang mewakili klien, dikenali sebagai financial planner, financial adviser.

Bagaimana Nak Kenal?

Macam mana nak tahu perbezaan kedua ‘advisor’ ni? Sekurang-kurangnya 3 cara.

  1. Nama licensed financial planner ada dalam website SC, financial adviser pula dalam website BNM. Buat carian secara online.
  2. Letter of engagement.
  3. Advisory fee dan bukannya commission.

Kalau ada 3 perkara ini sebagai petunjuk kalian sedang berurusan dengan financial planner / adviser.

Advisory Services Untuk Diagnos Keperluan Sebenar Kewangan

Terpulang kepada orang awam untuk berurusan dengan siapa untuk urusan kewangan mereka. Tak ada yang salah tak ada yang betul. Pilihan masing-masing. Tengok poket sanggup bayar ke tidak advisory fee.

Siapa yang tak mahu, tak sanggup untuk keluarkan kos lebih, engage financial planner / adviser bukanlah pilihan yang terbaik. Ini kerana konsepnya; consultancy bayar lain, “ubat” bayar lain.

Consultancy fee membolehkan financial planner membuat beberapa perkara antaranya seperti …

  • Analisa harta-hutang
  • Takaful needs & comparison
  • Investment policy statement
  • Faraid profile

Perkara di atas ni semua bukan produk kewangan. Tapi satu pelan, peta, kompas untuk mencari keperluan sebenar kewangan klien. Dah selesai lukis pelan, baru lah tahu sama ada klien perlu antibiotik ke, vitamin ke, paracetamol atau kena jaga makan atau cuma rehat secukupnya.

Kalau financial planner / adviser datang jual “ubat” dulu, most likely dia sedang pakai topi ejen.

Sebab itu financial planner / adviser adalah profesional kewangan yang mewakili klien. Sebab keperluan “ubat” datang kemudian. Macam doktor. Jumpa tak sampai 5 minit. Bayar consultancy fee. Ubatnya kadang-kadang doktor suruh balik rehat dan tidur sahaja.

Proses Advisory Services

Contohnya macam saya terima klien untuk estate planning.

Saya memang akan minta advisory fee. Bukan senang oiii nak kira bahagian faraid orang, pecah kepala nak strukturkan comprehensive solutions, bincang dengan trustee atau lawyer, apa possible solutions. Saya takkan buat benda ni percuma sebab kerjanya banyak.

Dah ada faraid profile baru dapat strukturkan satu pelan. Kemudian baru saya dapat cadangkan “ubat” macam wasiat, hibah, takaful trust, investment trust, dokumen harta sepencarian dan lain-lain. Ya, estate planning lebih dari sekadar hibah. Hibah cuma salah satu “ubat” yang ada. Yang lebih penting ialah apa yang klien perlukan untuk kesihatan kewangan dia.

Saya beritahu pro & cons setiap “ubat” tu. Apa kesan sampingan dia. Apa manfaat dia. Berapa “dos” yang diperlukan.

“Ubat” dari syarikat mana yang klien kena ambil. It depends. Ikut clients’ needs dan sudah tentu budget yang ada. Dan saya serahkan kepada klien untuk buat keputusan nak beli “ubat” tu dengan syarikat yang mana setelah berkongsikan pilihan yang ada.

Jadi, ada possibility klien ada financial planner / adviser dan pada masa yang sama terus kekalkan unit trust consultant, ejen takaful, estate planner, remisier, lawyer sedia ada. Sebab memang possible untuk bekerja hand to hand macam itu.

Itulah antara proses khidmat nasihat kewangan yang saya buat untuk klien-klien saya.

Wassalam
Suzardi Maulan (Pakdi)