Apa Patut Saya Buat Pada 2018 ?

Terima kasih.

Anda akan mendapat newsletter seperti ini setiap bulan. Terus ke emel. Keluarkan emel saya dari spam ya.

Saya tak dapat jawab apa yang patut dibuat pada 2018 secara personal.

Ini kerana keperluan dan situasi kewangan setiap orang berbeza-beza. Tidak sama. Walaupun suami dan isteri.

Apa yang saya nak kongsi pada emel kali ini cuma 3 perkara. Jika tak tahu apa nak buat juga, barangkali ianya dapat membantu.

1. Savings & Investment

Jika tidak ada idea nak melabur apa, simpan duit di mana, maka ASB / ASB2 / Tabung Haji sentiasa ada. Maka penuhkan.

Kalau dah penuh, dah lebih dari RM 200 ribu maka sebenarnya sudah sampai masanya untuk melabur di tempat lain.

Jangan tanya apakah pelaburan terbaik. Sebab jawapan saya ialah pelaburan saham. Malangnya bukan semua orang sanggup nak tengok volatility dalam pasaran saham.

Dan yang paling penting bukan semua orang sanggup melabur dalam pasaran saham untuk tempoh lebih dari 10 tahun. Ya, pelaburan saham adalah game 10 tahun dan ke atas. Sebab itu mereka yang dah penuhkan kuota ASB / ASB2, mereka sangat sesuai sebab kalau duit sebanyak itu pun tak usik-usik, maka apa yang nak dirisaukan dengan pelaburan saham ?

Pelaburan terbaik adalah pelaburan yang sesuai dengan poket diri kita dan bukannya poket orang lain.

2. Hutang Piutang

Ada cash lebih maka langsaikan hutang kad kredit, pembiayaan peribadi.

Masih ada lebihan, bayarlah hutang kereta tu.

Sebenarnya kalau kita masih dapat tidur nyenyak waktu malam dan tak risaukan hutang-hutang tu tak perlu bayar awal pun tidak mengapa. Bayar sahaja ikut jadual.

Tapi kalau tak tahu apa nak buat pada 2018, nak jadikan ianya tahun melangsaikan hutang pun tidak mengapa.

Nanti dah habis bayar hutang, ada cashflow. Lepas tu kembali balik kepada persoalan # 1 di atas. Ho ho ho.

3. Lantik Wasi / Pentadbir

Buat wasiat.

Wasiat yang dimaksudkan ialah melantik wasi atau pentadbir harta yang bertanggungjawab menguruskan harta khususnya untuk bayarkan hutang piutang kita lepas kita mati.

Itulah wasiat yang paling simple.

Dengan ini saya melantik Siti Nurhaliza (bukan nama sebenar) saya sebagai wasi.

Sebagai wasi saya, Siti Nurhaliza dia akan menggunakan harta-harta saya untuk membayar hutang-hutang saya yang ada. Baik hutang ibadah atau pun harta benda.

(Kalau ada anak bawah umur) Saya juga melantik suami / isteri saya sebagai penjaga anak tersebut dan Fazura (bukan nama sebenar) sebagai penjaga gantian sekiranya saya dan pasangan mati serentak.

Baki dari harta-harta itu hendaklah dibahagikan secara faraid sesama ahli waris yang ada.

Ini contoh.

Wasiat yang simple. Yang mana jika wasiat ada dan melantik wasi yang betul, maka dalam tempoh 6 bulan insyaAllah dapat selesai urusan dunia kita yang terakhir, khususnya hutang. Berbanding kalau tidak ada wasiat langsung.

Kalau dah ada, sila reviu dan kemaskini wasiat tu.

Pada 2017 harta pun dah bertambah, waris bertambah, keperluan berubah, barangkali faraid sahaja tak cukup untuk keperluan kita.

Wassalam

Pakdi