2005, pertemuan dengan mentor saya.
Teet Teet. SMS sampai. “Di, jumpa pukul 5 di McD. Dr ada sekali.”
Pertemuan dengan Dr A di McDonalds hari itu dia yang bercakap banyak, memperli pun banyak dan bagi semangat pun dia jugak. Saya dan rakan-rakan mengangguk, gelak sambil mencelah-celah beri pandangan sambil menghirup Coke dan menguyah french fries.
Dia kata, “Kajian satu agensi kerajaan dalam masa 10 tahun, untuk hidup di bandar perlukan paling kurang pendapatan sebulan dalam RM 7,000. Tapi saya punya calculation tinggi sikit, RM 9,000. Dan Chinese group punya kiraan lagi tinggi, RM 14,000.”
Dia menyambung lagi, “You bayangkan kerja apa yang boleh bagi RM 7,000 senang-senang sebulan? Nak tak nak orang makan gaji memang kena cari side income dari bisnes part-time juga. Keluar universiti ada degree tak cukup. Orang yang ada degree sekarang nak bayar installment kereta Kancil pun dah mengeluh.”
Apakah persediaan kita?

Tentang Suzardi Maulan {Pakdi}
Saya merupakan graduan undang-undang dari Unversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan melengkapkan IFP Challenge Status dari Financial Planning Association of Malaysia (FPAM) dan Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM). Memulakan perjalanan dalam bidang kewangan bermula sejak 2004 dalam bidang saham amanah, saham dan derivatif. Akhir sekali saya merupakan penyelidik dan konsultan (Shariah) bersama Bank Islam khusus dalam bidang pembangunan produk.
Sepanjang berkhidmat dalam bidang kewangan Islam, saya telah menstrukturkan pelbagai penyelesaian patuh Shariah untuk produk deposit berstruktur, kad kredit, trade finance, unit amanah, treasury, pelaburan emas dan sebagainya. Selain itu berpengalaman dalam khidmat runding cara pembangunan produk patuh Shariah dengan sebuah bank di Sri Lanka dan organisasi mikro kredit yang terkemuka di Malaysia.
Saya juga merupakan pengasas dan pewakaf forum online BicaraJutawan.com yang telah membantu lebih 50,000 orang usahawan dan pelabur bumiputera di Malaysia sejak tahun 2005. Pada masa yang sama saya terlibat dengan Kelab Permata, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sejak tahun 2005 dan telah membantu tidak kurang dari 3,000 mahasiswa dalam bidang keusahawanan dan sentiasa mendapat jemputan ceramah dari agensi kerajaan dan pelbagai organisasi.
Buku

Buku pertama beliau Rancang Wang Dari Sekarang yang diterbitkan oleh PTS Professional Publishing Sdn Bhd merupakan buku pengurusan kewangan Islami yang dapat membantu para pembaca untuk menguruskan duit dengan mudah dan bijak.
Penampilan Media



Saya mengenali Pakdi sejak zaman belajar lagi. Dalam urusan kewangan, dia tahu apa di mahu dan tahu bagaimana mencapai ‘mahu’. Ia telah dibukukan secara praktikal dari dimensi Islamik. Tidak sah jika anda hanya memiliki buku tanpa menghadiri bengkel kewangan beliau sekali!
Amin Idris
Trainer, Penulis Buku dan Personaliti TVAlhijrah.
Ilmu Kewangan Menebalkan Poket
Apabila mula bekerja, kita sepatutnya mengumpul aset secepat mungkin dan menjadikan aset-aset tersebut bekerja keras membeli liabiliti untuk kita. Ilmu kewangan yang betul dapat mengelakkan kita menjadi hamba wang.
Mereka yang mempunyai ilmu kewangan melihat peluang-peluang pelaburan lebih cepat dari orang lain. Inilah yang al-Quran sebut:
Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat (al-Mujadalah:11)
Boleh Saya Bantu Tuan?
Sekarang giliran saya membantu tuan dalam menguruskan kewangan peribadi. Saya dapat membantu tuan menerusi dua cara:
1. Anda hadir ke bengkel Rancang Wang yang saya anjurkan, atau
2. Jemput saya mengendalikan seminar / bengkel pengurusan kewangan di tempat tuan.
Sila berhubung melalui talian 03 9207 9780 (AFIQ Training & Advisory) atau emel info@afiqtraining.com.
Salam hormat,
Suzardi Maulan {Pakdi}
Your Islamic Financial Planner
p.s. Dapatkan tips kewangan dari saya dengan mengisikan nama dan emel di bawah: